Persatuan Industri Rakaman Jepun
Persatuan Industri Rakaman Jepun

Persatuan Industri Rakaman Jepun

Persatuan Industri Rakaman Jepun (RIAJ) merupakan kumpulan perdagangan yang terdiri daripada perbadanan-perbadanan yang terlibat dengan industri muzik. RIAJ dibentuk pada tahun 1942 sebagai Persatuan Kebudayaan Rakaman Fonogram Jepun dan mengguna pakai namanya yang terkini pada 1969. Beribu pejabat di Minato, Tokyo, RIAJ dianggotai oleh 18 syarikat ahli dan beberapa anggota bersekutu dan sokongan lain;[1] sesetengah syarikat anggota merupakan cawangan di Jepun bagi perbadanan berbilang negara yang beribu pejabat di tempat lain.Antara kegiatan RIAJ termasuklah mempromosikan jualan muzik, penguatkuasaan undang-undang hak cipta, kajian mengenai industri muzik di Jepun serta bertanggungjawab dalam memberi pengiktirafan terhadap album dan single di Jepun. Persatuan ini juga menerbitkan buku tahunan RIAJ, suatu ringkasan perangkaan jualan muzik hujung tahun serta mengedarkan pelbagai data yang lain.

Persatuan Industri Rakaman Jepun

Koordinat 35°40′09″N 139°44′41″E / 35.669189°N 139.744656°E / 35.669189; 139.744656
Keanggotaan (2021) 18 anggota utama, 20 anggota bersekutu dan 24 anggota sokongan[1]
Pengerusi dan CEO Shunsuke Muramatsu (Sony Music)
Pengarah urusan kanan dan COO Yasuharu Hara
Jenis/bentuk sah Pertubuhan 
Naib pengerusi Shinji Hayashi (Avex Inc.)
Naoshi Fujikura (Universal Music)
Takashi Yoshimura (Pony Canyon)
Kazuyuki Kobayashi (Warner Music)
Lokasi
Ibu pejabat Kita-Aoyama, Minato, Tokyo
Anggota bagi Arts and Culture Forum 
Ditubuhkan 30 April 1942; 81 tahun yang lalu (1942-04-30)
Kependekan RIAJ
Tapak web www.riaj.or.jp 
Pengarah urusan dan ketua pengarah Yoichiro Hata